Memaparkan catatan dengan label BLOG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BLOG. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Februari 2015

Cara berwudu' sekiranya terdapat anggota wudhu' yang cedera atau berbalut





      Pada zaman ini, dengan adanya kenderaan yang berteknologi tinggi dan mampu bergerak dengan laju, seringkali kita mendengar berita-berita kemalangan jalan raya dan seringkali kita melihat orang yang berjalan menggunakan tongkat dan kakinya bersimen dan ada juga yang terluka anggota badan sehingga nampak isinya.

      Seperti yang diketahui, agama Islam agama yang syumul atau dalam bahasa Melayu disebut menyeluruh. Oleh itu, setiap permasalahan yang kita terfikir pada hari ini, sudah terdapat petunjuknya daripada zaman Rasulullah lagi dan sudah dibincangkan dalam kalangan ulama'.

     Namun, terdapat ramai muslim yang jahil akan agamanya -minta dijauhkan oleh Allah daripada saya dan para pembaca-. Sistem pendidikan pada hari ini juga membantu kejahilan umat ini termasuk yang belajar dalam bidang agama Islam. Contohnya, seseorang yang belajar al-Quran dan al-Sunnah dalam sistem exam-oriented pada zaman ini tidak tahu tentang fiqah, sebagai contoh dalam bab ini, bab berkaitan wudu' anggota yang sakit. Ramai yang menjadikan balutan sebagai alasan wudhuk tidak sah dan tidak boleh solat.

    Walaubagaimanapun, saya mengharapkan dan mendoakan kemenangan Islam di Malaysia dan seluruh dunia supaya saya dan seluruh umat ini kembali mengenali Islam.

     Untuk lebih memudahkan para pembaca memahami bab ini, eloklah kiranya saya hanya menyalin balik terjemahan tajuk Al-Jabaair dan Al-'Asaa'ib daripada kitab Al-fiqh Al-Manhaji.

Al-Jabaair dan Al-'Asaaib
     Al-Jabaair ialah kata jamak kepada jabiirah yang bermakna : ikatan yang diletakkan di atas anggota yang patah bagi mengikat atau membalutnya.

    Dan al-'asaa'ib ialahh kata jamak kepada 'isaabah yang bermakna : ikatan yang diletakkan di atas anggota yang luka bagi menjaganya daripada kototran-kotoran sehingga ia sembuh.

      Oleh kerana Islam adalah agama yang memudahkan maka ia telah mengambil berat dalam masalah ini di mana Islam telah mensyariatkan beberapa hukum yang menggabungkan antara menunaikan ibadah dan menjaga keselamatan manusia.


Hukum Al-Jabaair dan Al-'Asaa'ib

     Pesakit yang ditimpa luka atau patah, kadang-kadang berhajat kepada meletakkan ikatan (balutan) dan ubat di atas tempat luka atau patah dan kadang-kadang tidak memerlukannya.

      Sekiranya perlu meletakkan balutan, maka ketika itu dia wajib melakukan ttiga perkara :


1. Membasuh bahagian yang selamat (tidak sakit) di anggota yang luka atau patah.
2. Menyapu seluruh balutan atau ikatannya.3. Beertayamum sebagai ganti membasuh bahagian yang sakit apabila sampai kepada anggota tersebut ketika berwudhuk.

Menurut apa yang diperkatakan dalam kitab diatas, perlu kepada empat peringkat. Manakala pendapat lain dalam Mazhab Syafie, tayamum perlu dilakukan di akhir wudhuk. Pendapat yang lain pula, tidak pelu kepada tayamum jika sudah disapu. - Dr Abu Anas, Abdul Basit

     Sekiranya balutan di atas anggota yang luka atau patah tidak diperlukan, maka dia wajib membasuh bahagian anggota yang sihat dan bertayamum bagi menggantikan bahagian yang luka sekiranya dia tidak boleh membasuh tempat sakit (luka) tersebut. Dia wajib mengulangi tayamum pada setiap kali sembahyang fardhu sekalipun dia tidak berhadas. Manakala anggota-anggota lain, ia tidak wajib dibasuh (semula) melainkan sekiranya dia berhadas.

Dalil Menyapu Di atas Al-Jabaair

      
Dalil ia disyariatkan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud (336) daripada Jabir r.a. bahawa dia berkata :

Kami telah keluar bermusafir, tiba-tiba salah seorang daripada kami, kepalanya terkena batu lalu melukakannya. Kemudian (ketika tidur) ia bermimpi (yang menyebabkannya berhadas besar) dan (apabila bangun) dia bertanya kepada para sahabatnya, 
"Adakah kamu dapati keringanan (keizinan) bagiku untuk bertayamum?". 
Mereka menjawab,
 " Kami tidak mendapati keringanan untuk kamu berbuat demikian kerana kamu mampu menggunakan air".
Lalu dia pun mandi kemudian mati. Apabila kami sampai kepada Rasulullah s.a.w., kami menceritakan apa yang berlaku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, 
Mereka telah membunuhnya dan semoga Allah membunuh mereka. Kenapa mereka tidak bertanya apabila mereka tidak tahu? Sesungguhnya ubat kepada kesamaran atau kekeliruan itu ialah bertanya. Sesungguhnya memadai dengan dia bertayamum dan membalut lukanya dengan perca kain, kemudian menyapu di atasnya dan membasuh seluruh badannya.
Tempoh Menyapu Di atas Al-Jabiirah dan Al-'Isaabah

     Menyapu di atas al-jabiirah dan al-'isaabah (balutan), tidak mempunyai tempoh yang tertentu, bahkan ia berterusan selama mana sakit (keuzuran) itu masih ada. Apabila sakit (seperti luka dan patah) telah sembuh maka batallah sapu dan ia wajib dibasuh.

     Sekiranya tempoh sapu telah tamat, sedangkan dia dalam keadaan berwudhuk, maka wajib dia sama ada menyapu atau membasuh anggota yang terlibat (anggota yang dibuang balutannya) dan juga anggota wudhuk selepas anggota tersebut mengikut sebagaimana yang diwajibkan (disapu seperti kepala atau basuh seperti kedua tangan).

     Hukum pada al-jabaait (balutan) sama sahaja sama ada yang berkaitan dengan hadas kecil atau hadas besar. Kecuali dalam masalah hadas besar, sekiranya tempoh sapu telah tamat, seperti ia mandi wajib dalam keadaan berbalut, kemudian setelah beberapa hari, luka atau patahnya sembuh, maka ketika itu dia hanya wajib membasuh di tempat yang dibalut sahaja dan tidak wajib membasuh seluruh badannya (Berlainan dengan wudhuk; wajib dibasuh atau disapu anggota yang dibuka balutannya  dan anggota wudhuk yang selepasnya).

     Orang yang memakai balutt wajib mengqadakan solat sekiranya balut tersebut berada dalam salah satu keadaan berikut :
1. Apabila dia meletakkan balutan itu dalam keadaan tidak suci (berhadas) dan dia uzur (tidak dibenarkan) membukanya.
2. Balutan itu berlaku pada anggota tayammum iaitu muka dan kedua tangan.
3.Apabila kawasan yang sihat dibalut melebihi kadar balutan pada tempat sakit


Wallahu A'lam.

Jika terdapat kesalahan, silalah perbetulkan. Pada awalnya, tidak berani saya untuk menulis dalam bab yang berkaitan fiqah tetapi diberanikan juga kerana kalau terdapat kesalahan dalam tulisan ini, ada tegurannya. Jika tidak ditulis, tiada tegurannya.

Semoga kita dapat mengambil apa yang baik dan membuang apa yang buruk.

Walhamdulillahi Rabbil-'Alamin. DARI ; http://theswordofallah.blogspot.com/2012/10/bersuci-perkara-yang-perlu-diamati.html

BERSIHKAN PAKAIAN MENGGUNAKAN MESIN PEMBASUH ?



Salam ,,,,,adakah  suci pakaian kita jika membasuh dengan mesin basuh?

Zaman sekarang,,,rata-rata menggunakan mesin basuh sebagai alat bagi mencuci pakaian,,,Tetapi tidak pernah terfikir adakah pakaian yang di basuh benar-benar suci....terutama PAKAIAN UNTUK DIBAWAH SOLAT...

Dalam hal ini, perlu dilihat dalam beberapa aspek. 
Pertamanya,
Apakah pakaian yang dibasuh dengan menggunakan mesin basuh automatik itu merupakan pakaian yang bernajis atau tidak. Sekiranya pakaian tersebut bernajis seperti terkena air kencing anak dan sebagainya, maka pakaian tersebut hendaklah dicuci terlebih dahulu untuk menghilangkan najis pada pakaian tersebut sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sekiranya tidak dicuci terlebih dahulu, maka pakaian yang bernajis itu akan bercampur dengan pakaian lain yang turut dibasuh, lalu mengakibatkan kesemua pakaian dan mesin basuh tersebut dikira bernajis. Oleh yang demikian, perlu dibilas dan dibasuh mesin basuh tersebut. 

Keduanya
Sekiranya pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin basuh automatik tidak bernajis (walaupun pada adat menganggapnya kotor), maka ia tidak mempunyai sebarang masalah untuk dipakai ketika solat walau pakaian tersebut tidak dibilas. Hal ini adalah kerana menurut hukum  syarak, pakaian yang tidak terkena najis adalah suci sama ada dibasuh atau tidak. Oleh yang demikian, sekiranya tidak dibilas sekalipun pakaian itu, ia masih dianggap suci.  


      Islam menggalakan kebersihan. Bersih meliputi semua perkara termasuk tubuh badan, pakaian, tempat, makan minum, dan hati. Bersih bukan saja daripada najis bahkan juga kotoran dan segala pemandangan yang tidak menyenangkan, apatah lagi yang menyakiti.

      Dalam sebuah hadith daripada lbnu Malik AI-Ash'ari radhiallahu'anhu Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:


      Maksudnya: "Kebersihan itu separuh daripada Iman"

      Tiap-tiap yang kotor (tidak bersih) itu tidak semestinya najis tetapi sebaliknya tiap-tiap yang najis itu adalah kotor (tidak bersih). Umpamanya pakaian yang terkena Iumpur tanah, kuah kari atau kopi adalah kotor (tidak bersih). lanya tidak najis tetapi pakaian kotor.

      Memandangkan teknologi masa kini, kebanyakan orang menggunakan mesin pencuci pakaian, akan timbul persoalan; Bersihkah pakaian menggunakan mesin pembasuh? Perkara ini timbul kerana terdapat berbagai-bagai jenis mesin pembasuh ketika ini, sehingga ada yang berperanan boleh mengeringkan dengan hanya menekan satu punat sahaja.

      Macamanakah kalau diantara pakaian yang hendak dicuci itu terkena kotoran atau najis? Apakah boleh bersih pakaian-pakaian ini di campur sekali cuci menggunakan mesin pembasuh? Jika tidak, apakah ada kaedah atau cara tertentu mengenainya?

      Dalam hal mencuci pakaian menggunakan mesin pembasuh ini, yang pertama sekali yang perlu di ambil perhatian ialah air yang akan digunakan. Air itu hendaklah air mutlak, iaitu air yang suci lagi menyucikan.

      Kemudian perhatikan pakaian yang dibasuh sebelum di masukkan ke dalam mesin pembasuh. Jika ada pakaian yang terkena najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan atau dibuang najisnya ('ainnya sehingga hilang rasa, warna dan baunya) dengan cara dibasuh bersungguh-sungguh. Jika hilang dua daripada tiga termasuk rasa, maka memadailah seperti hilang rasa dan bau saja atau rasa dan warna. Yang penting rasa mesti dihilangkan. Jika rasa masih ada, setelah hilang bau dan warna, maka tidaklah memadai.

      Untuk lebih jelas tentang membersihkan pakaian yang terkena najis ini, yang pertama sekali kenal pasti terlebih dahulu apa najis yang mengenai pakaian itu. Adakah ia Najis Mukhaffafah, Najis Mutawassitah atau Najis Mughallazah.

      (i) Najis Mukhaffafah:

      Najis Mukhaffafah ialah najis ringan, seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu (dada) sahaja. Jika kanak-kanak itu makan atau minum selain susu dada seperti susu tepung, maka air kencing kanak-kanak itu tidak lagi dianggap sebagai najis mukhaffafah bahkan ia adalah najis mutawassitah. Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah memadai dengan merinjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.

      (ii) Najis Mutawassitah :

      Najis Mutawassitah ialah najis pertengahan, seperti air kencing orang dewasa, tahi, muntah, darah dan lain-lain. Menghilang atau membuang najis ini hendaklah dengan menghilangkan 'ainya sehingga hilang rasa, bau dan warna dengan cara mengalirkan atau menjirus air ke atas pakaian yang kena najis itu. Adalah tidak memadai membasuh dengan air yang ditakung dalam bekas yang kurang dari dua kolah saperti air yang ditakung dalam besin atau baldi, dimana-mana pakaian itu dicelup di dalamnya sekalipun beberapa kali.

      iii) Najis Mughallazah

      Najis Mughallazah ialah najis yang berat seperti anjing, babi dan campuran atau kacukan keduanya. Jika darah, tahi, air liur, atau air kencing terkena pakaian, maka cara menyucikanya hendaklah dihilangkan 'ainnya (warna, bau dan rasa ) terlebih dahulu. Kemudian dibasuh tujuh kali dengan menjiruskan air, termasuk sekali dengan air yang bercampur dengan tanah.

      Setelah pakaian yang terkena najis itu dibersihkan dengan cara yang disebutkan itu, barulah pakaian itu dimasukkan ke dalam mesin pembasuh untuk penyucian seterusnya. Proses ini adalah lebih mudah berbanding jika pakaian yang bersih dan bernajis dimasukkan semuanya ke dalam mesin pembasuh. Ini menyebabkan semua pakaian akan terkena najis. Jika ini terjadi pakaian-pakaian itu hendaklah dibilas sambil mengalirkan air dari atas terus keluar tanpa air bertakung di dalamnya untuk beberapa ketika.

      Bagi pakaian yang kotor pula seperti terkena lumpur tanah, kuah kari, kopi dan seumpamanya, walaupun ia tidak najis namun ia hendaklah juga dibasuh terlebih dahulu sehingga hilang 'ainnya. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin pembasuh. Proses ini dibuat semata-mata untuk mengelakkan pakaian-pakaian lain yang bersih terkena kotoran.

      Itulah keindahan Islam. Ajaran-ajarannya meliputi semua perkara termasuk ehwal kebersihan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersih dari segala kekotoran, bersih dari perbuatan yang tidak diingini dan dilarang, dari bertaubat dari membuat dosa.

      Kemudahan hasil teknologi baru tidak menghalang kita menjaga kebersihan. Cuma yang perlu diambil kira ialah cara pengunaannya yang betul. Oleh itu pergunakanlah ia dengan sebaiknya, pada membantu mempercepatkan proses kerja harian kita tanpa membelakangkan kaedah ke arah kebersihan yang sebenarnya. 


INILAH 3 AMALAN PENGHAPUS DOSA

INILAH 3 AMALAN PENGHAPUS DOSA
Manusia adalah makhluk yang amat mudah melakukan kesalahan; disengaja atau tidak, mulai yang kecil dan remeh hingga persoalan yang besar. Sayangnya, meski diciptakan dengan tabiat mudah melakukan kesalahan, banyak di antara mereka yang sombong dan enggan akui kebenaran.
Beruntungnya, Allah Ta’ala Maha Pemurah. Dia mengampuni dosa dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Dia mengampuni dosa sebanyak apa pun, selama tidak menyekutukan Allah Ta’ala dengan selain-Nya.
Dia akan ampuni dosa sebanyak pasir-pasir di pantai, sebilangan bintang gemintang. Pun, dosa yang menumpuk melebihi tingginya gunung, atau sedalam kedalaman samudera. Bahkan, tatkala manusia tak lakukan dosa, maka Dia akan gantikan mereka dengan makhluk lain yang perbuat kesalahan untuk diampuni-Nya.
Oleh karena itu, sebagai manusia biasa nan mudah khilaf itu, kita harus senantiasa melakukan amalan-amalan yang dijamin oleh Nabi sebagai penghapus dosa. Seperti istighfar yang lazim didawamkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebanyak tujuh puluh hingga seratus kali dalam sehari, ataupun amalan-amalan penghapus dosa lainnya.
Hari itu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bertanya retoris kepada sahabatnya, “Maukah aku tunjukkan kepadamu suatu perkara yang dengannya Allah Ta’ala akan menghapus dosa dan meninggikan derajatmu?” Tak lama, para sahabat menjawab dengan antusias, “Tentu saja, wahai Rasulullah.”
Kemudian Nabi nan mulia akhlaknya itu menyebutkan tiga amalan seraya memberikan penekanan di dalamnya. Pertama, jelas sang Nabi, “Sempurnakanlah wudhumu dalam keadaan tidak menyenangkan.” Yang dimaksud ‘keadaan tidak menyenangkan’ adalah dalam keadaan dingin dimana manusia tidak menyukai air sebab bisa menambah kadar dingin yang dialami.
Kedua, tutur Nabi melanjutkan, “Perbanyaklah jalan menuju masjid.” Maknanya bukan hanya jalan menuju masjid, kemudian kembali tanpa melakukan apa-apa. Tetapi bersegera mendatangi masjid sesaat setelah adzan berkuamndang agar bisa mendirikan shalat berjamaah di awal waktu. Dalam setiap ayunan langkah menuju shalat berjamaah di masjid, ada ampunan atas dosa dan ditinggikan derajat pelakunya di sisi Allah Ta’ala.
Lalu amalan ketiga sebagaimana disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini, “Tunggulah shalat sesudah shalat.” Inilah amalan utama yang kini jarang peminatnya. Bahkan, banyak di antara kaum muslimin yang bersegera meninggalkan masjid sesaat setelah salam dalam shalat. Padahal, berlama-lama di masjid dengan dzikir dan tilawah guna menunggu datangnya waktu shalat berikutnya memiliki keutamaan yang sangat agung.




TIDUR DENGAN LAMPU MENYALA, AKAN MENDATANGKAN PENYAKITAN

TIDUR DENGAN LAMPU MENYALA, AKAN MENDATANGKAN  PENYAKITAN 
KENAPA RASULULLAH MENYURUH MEMATIKAN LAMPU KETIKA HENDAK TIDUR 
"Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'alaih).
Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata, di abad modern ini baru diketahui manfaat medis dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.
✅ Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahwa tubuh baru bisa memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanker prostat. Orang yang tidur dalamieadaan gelap, maka tubuhnya boleh memproduksi hormon ini.
✅ Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormon melatonin terhenti..
✅ Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti oleh para ilmuwan dari Inggris.
Peneliti menemukan bahwa ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, bisa memicu ekpresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanker.
✅ Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahwa orang bisa menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari dibandingkan dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
✅ Subhanallah... demikian luar biasa tuntunan Rasulullah. Setelah berabad-abad, hikmah medisnya baru terungkap. Wallahu a’lam bish shawab.
☑ Sebarkan wahai saudaraku agar saudara kita yang lain mengetahuinya..
Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu
(QS 4:114, 2:195, 28:77).
Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA
(QS 12:86).
Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telepon darinya?
Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu
Tidak ada yang namanya kebetulan
(QS 3:190-191).
Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk didapatkan?
Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya
(QS 65:2-3).
Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat اللّه mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّه ingin mendengar rintihan serta do'amu agar kau menyadari akan keberadaan-NYA....
Karena Ia tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan
(QS 47:31, 32:21).
Jika kau peka, akan sering kau sadari bahwa KASIH dan KUASA اللّه selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.
Apakah kau pikir tulisan ini hanya iseng terkirim padamu?
Tidak!
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN...
Beberapa menit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA..., dengarkan suara-NYA yang berkata:
"Jangan khawatir, AKU di sini bersamamu"
(QS 2:214, 2:186)

Muslim + Music

                 

Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk member garis panduan. Untuk soalan saudara, saya sentuh perkara-perkara berikut;
Home
1.Nyanyian dan Muzik tanpa atau dengan alat muzik adalah harus berpandukan kepada dalil-dalil berikut:
Keterangan/Hujah: 
Dalil dari al-Quran
a) Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11:
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki
Istinbat dari ayat di atas:
Sahabat-sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyaniyian yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan al-lahwu itu. Rasulullah saw juga tidak menempelak perbuatan itu. Ertinya: Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus
b) Firman Allah di dalam Surah al-Anaam ayat 32
Maksudnya: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan( yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan.
Istinbat dari ayat di atas:
Allah SWT menggambarkan penghidupan dunia ini seluruhnya ibarat permainan dan sukaria (al-laywu) kedua-duanya harus.
c) Firman Allah di dalam Surah al-Anbia" ayat 16-17
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu ntuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak melakukannya (17)
Istinbat dari ayat di atas:
Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara: i-mainan dan ii- kegembiraan (lahwu). Kefua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).
Dalil dari as-Sunnah
a) Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Istinbat dari hadis:
Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.
b) Daripada Khalid bin Zakwan katanya: Ar-Rabi" binti Ma"waz berkata: Telah dating mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada dihadapnku sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan persembahan nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan senikata memuji pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami diperistiwa perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian dengan menggunakan lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang alan berlaku esok hari. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa: tinggalkan lirik itu dan teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan sebelumnya. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan A
Istinbat dari hadis:
Rasulullah saw menghadiri majlis perkahwinan yang serikan dengan nyanyian wanita-wanita muda menggunakan alat muzik. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. . Yang dilarang adalah lirik lagu yang jelas bertentangan dengan hokum syarak. Tidak ada insan( (walaupun ia Rasulullah) yang mengetahui apa yang akan berlaku besok. Nabi melarang lirik dan tidak melarang nyanyian.
Dari keterangan al-Quran dan as-Sunnah di atas menunjukkan bahawa nyanyian atau kegembiraan adalah harus. Namun demikian rasulullah saw menegur lirik yang didengarinya dan melarang penyanyi menggunakannya.
2. Di zaman ini nyanyian dan hiburan, ada yang telah bercampur baur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak, sama ada persembahannya atau seni katanya. Dari situasi itu, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian:
i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat
iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat
Dari Home
Maka, lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpamanya. Demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.


Mendoakan kebaikan


Mendoakan kebaikan utk orang lain = didoakan kembali oleh malaikat dengan kebaikan.

BUKTIKAN!

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)

Jumaat, 20 Februari 2015

JOM SAME-SAME BERDAKWAH

 Tujuan utama kita berdakwah adalah semata-mata kerana Allah...Benar...,ilmu itu penting untuk para pendakwah,
tetapi,adakah sebab kita tidak alim kita menyerahkan tugas dakwah kepada para alim-ulama sahaja? tidak akan cukup tanggungjawab tugas berdakwah jika tugas ini hanya dibuat oleh para alim-ulama sahaja..nak dibandingkan dengan nisbah manusia di muka bumi ini,jadi perlu kita berdakwah,tetapi dalam masa yang sama,mempelajari ilmu, boleh ditamsilkan dengan ilmu teori+praktikal..kalau benarlah... Nabi S.A.W ...menyuruh para Sahabat R.Anhum penuh ilmu di dada dahulu baru menyampaikan agama,maka nescaya agama islam ini tidak tersebar dengan luas..dan dalam kes para Sahabat R.Anhum,tidak semuanya yang alim,tetapi keinginan mereka untuk menyampaikan agama tidak pernah berkurang dan terbantut disebabkan kekurangan ilmu.Khalid Al-Walid R.Anhu hanya menghafal Al-fatihah dan 3 Qul sahaja,tetapi adakah sebab kekurangan ini,beliau tidak pergi memperjuangkan agama Allah S.W.T?
Dan Al-Quran juga diturunkan secara berperingkat-peringkat,jadi disampaikan oleh Nabi S.A.W sedikit demi sedikit sehinggalah sempurna Al-Quran itu,jadi bukti di zaman Nabi S.A.W telah ada dakwah itu perlu walaupun diri kita belum sempurna,cuma nak atau tidak sahaja kita nak kita mengikuti mereka.dan jangan dilupa,Allah S.W.T telah mentarbiah keimanan para Sahabat R.Anhum selama 13 tahun sebelum mendirikan kerajaan islam dimadinah,jadi,adakah para sahabat berdakwah semasa tempoh 13 tahun itu kepada arab Quraisy dengan alim?apa sahaja yang diterima dari Nabi S.A.W yang ada sahaja didakwahkan.dan jangan kita lupa,sejarah islam telah membuktikan orang bukan islam tertarik dengan islam dengan berasbabkan akhlak orang islam.
beterusanlah membuat dakwah,walaupun diri  belum sempurna,hidayah itu milik Allah,DIA boleh beri kepada sesiapa sahaja,tetapi kalau bersebabkan dakwah kita,Allah beri hidayah,alangkah untungnnya terus bergerak,walaupun dalam organisasi mana sekalipun,teruskan dakwah agama Allah S.W.T ini,kerana MUSUH SEBENAR akan muncul tidak lama lagi,pelihara dan tingkatkan iman orang islam serta sebarkan islam dengan akhlak,mudah-mudahan bukan islam dapat hidayah,

Walau apa pun cara kita berdakwah hanya satu kita perlu ingat.....Berdakwalah dengan penuh kasih sayang dan cinta kerana dakwah tu tanda cinta kita pada saudara kita, agama kita dan yang paling utama adalah tanda cinta kita pada Allah & RasulNYA. Jika kita lihat bagaimana cara Rasulullah menyampaikan islam dan dakwahnya, seperti itulah seharusnya cara kita. Dakwah tidak akan terhasil sekiranya kita menyampaikannya dengan rasa benci dan paksaan kerana kita hanya mampu sampaikan rasa benci dan ketidakrelaan pada org yang kita dakwah bukan membuka hati untuk mereka berubah. 
Sekiranya pelbagai cara telah kita lakukan untuk menegur & menasihat seseorang itu untuk berhijrah tapi masih tidak berhasil bertanyalah pada diri kita 'mungkin aku tidak sampaikannya dengan kasih sayang atau mungkin niat aku sudah terpesong' dari kita terus menghukum seseorang itu kafir, ahli neraka atau sebagainya..........Selain dari sampaikan dengan kata-kata kita juga boleh berdakwah dengan menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang baik seperti Rasulullah kerana salah satu sebab Rasulullah berjaya menyampaikan Islam adalah apabila org pada ketika itu jatuh cinta dengan akhlak Rasulullah yang berhikmah & lemah lembut. Janganlah kita lelah untuk sampaikan ilmu Allah, berdoalah agar Allah terus kekalkan hati kita untuk terus mencari redha Allah & berdoalah agar Allah memberi petunjuk dan hidayah pada mereka. Sesungguhnya hati-hati manusia itu adalah milik Allah, akan di beri hidayah pada mereka yang Allah kehendaki. Wallaua'lam
Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

Aku tertarik dengan video Matluthfi berkenaan cara apa yang terbaik untuk sampaikan pesanan & petikan terakhir yang diselitkan di penghujung video
 
"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan"
"Hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly" - Imam Maturidi

Jazakumullahu Khair.