Tujuan utama kita berdakwah adalah semata-mata kerana Allah...Benar...,ilmu itu penting untuk para pendakwah, tetapi,adakah sebab kita tidak alim kita menyerahkan tugas dakwah kepada para alim-ulama sahaja? tidak akan cukup tanggungjawab tugas berdakwah jika tugas ini hanya dibuat oleh para alim-ulama sahaja..nak dibandingkan dengan nisbah manusia di muka bumi ini,jadi perlu kita berdakwah,tetapi dalam masa yang sama,mempelajari ilmu, boleh ditamsilkan dengan ilmu teori+praktikal..kalau benarlah... Nabi S.A.W ...menyuruh para Sahabat R.Anhum penuh ilmu di dada dahulu baru menyampaikan agama,maka nescaya agama islam ini tidak tersebar dengan luas..dan dalam kes para Sahabat R.Anhum,tidak semuanya yang alim,tetapi keinginan mereka untuk menyampaikan agama tidak pernah berkurang dan terbantut disebabkan kekurangan ilmu.Khalid Al-Walid R.Anhu hanya menghafal Al-fatihah dan 3 Qul sahaja,tetapi adakah sebab kekurangan ini,beliau tidak pergi memperjuangkan agama Allah S.W.T? Dan Al-Quran juga diturunkan secara berperingkat-peringkat,jadi disampaikan oleh Nabi S.A.W sedikit demi sedikit sehinggalah sempurna Al-Quran itu,jadi bukti di zaman Nabi S.A.W telah ada dakwah itu perlu walaupun diri kita belum sempurna,cuma nak atau tidak sahaja kita nak kita mengikuti mereka.dan jangan dilupa,Allah S.W.T telah mentarbiah keimanan para Sahabat R.Anhum selama 13 tahun sebelum mendirikan kerajaan islam dimadinah,jadi,adakah para sahabat berdakwah semasa tempoh 13 tahun itu kepada arab Quraisy dengan alim?apa sahaja yang diterima dari Nabi S.A.W yang ada sahaja didakwahkan.dan jangan kita lupa,sejarah islam telah membuktikan orang bukan islam tertarik dengan islam dengan berasbabkan akhlak orang islam. beterusanlah membuat dakwah,walaupun diri belum sempurna,hidayah itu milik Allah,DIA boleh beri kepada sesiapa sahaja,tetapi kalau bersebabkan dakwah kita,Allah beri hidayah,alangkah untungnnya terus bergerak,walaupun dalam organisasi mana sekalipun,teruskan dakwah agama Allah S.W.T ini,kerana MUSUH SEBENAR akan muncul tidak lama lagi,pelihara dan tingkatkan iman orang islam serta sebarkan islam dengan akhlak,mudah-mudahan bukan islam dapat hidayah, Walau apa pun cara kita berdakwah hanya satu kita perlu ingat.....Berdakwalah dengan penuh kasih sayang dan cinta kerana dakwah tu tanda cinta kita pada saudara kita, agama kita dan yang paling utama adalah tanda cinta kita pada Allah & RasulNYA. Jika kita lihat bagaimana cara Rasulullah menyampaikan islam dan dakwahnya, seperti itulah seharusnya cara kita. Dakwah tidak akan terhasil sekiranya kita menyampaikannya dengan rasa benci dan paksaan kerana kita hanya mampu sampaikan rasa benci dan ketidakrelaan pada org yang kita dakwah bukan membuka hati untuk mereka berubah. Sekiranya pelbagai cara telah kita lakukan untuk menegur & menasihat seseorang itu untuk berhijrah tapi masih tidak berhasil bertanyalah pada diri kita 'mungkin aku tidak sampaikannya dengan kasih sayang atau mungkin niat aku sudah terpesong' dari kita terus menghukum seseorang itu kafir, ahli neraka atau sebagainya..........Selain dari sampaikan dengan kata-kata kita juga boleh berdakwah dengan menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang baik seperti Rasulullah kerana salah satu sebab Rasulullah berjaya menyampaikan Islam adalah apabila org pada ketika itu jatuh cinta dengan akhlak Rasulullah yang berhikmah & lemah lembut. Janganlah kita lelah untuk sampaikan ilmu Allah, berdoalah agar Allah terus kekalkan hati kita untuk terus mencari redha Allah & berdoalah agar Allah memberi petunjuk dan hidayah pada mereka. Sesungguhnya hati-hati manusia itu adalah milik Allah, akan di beri hidayah pada mereka yang Allah kehendaki. Wallaua'lam
Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."
"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan" "Hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly" - Imam Maturidi |
Jumaat, 20 Februari 2015
Search
Categories
Popular Posts
-
Pada zaman ini, dengan adanya kenderaan yang berteknologi tinggi dan mampu bergerak dengan laju, seringkali kita mendengar berita-...
-
Salam ,,,,,adakah suci pakaian kita jika membasuh dengan mesin basuh? Zaman sekarang,,,rata-rata menggunakan mesin basuh sebagai a...
-
Doa Rasulullah saw. agar ditetapkan hatinya di atas AgamaNya يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّت قَلْبِي عَلَى دِينِكَ “Wahai Dzat yang membola...
-
Berikut ini ada link-link download kutub dalam berbagai disiplin ilmu, silakan .Download Kutub Hizbut Tahrir: ( Link I-HT ), ( Link...
-
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du, Diantara nabi yang namanya sering disebut dalam Alquran adalah Nabi Musa ...
-
Tujuan utama kita berdakwah adalah semata-mata kerana Allah... Benar...,ilmu itu penting untuk para pendakwah, tetapi,adakah sebab kita t...
-
Sumber: ( Link ) Download Software Arabic Pad Versi Terbaru: Arabic Pad-1.4 Laman Download Arabic Pad To downlo...
-
Mendoakan kebaikan utk orang lain = didoakan kembali oleh malaikat dengan kebaikan. BUKTIKAN! مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِ...
Blog Archive
-
▼
2015
(18)
-
▼
Februari
(18)
- ZIKIR PENGHAPUS DOSA
- Software Arabic Pad (Keyboard Arabic)
- Kumpulan Link Download Kitab-Kitab Kajian Islam (P...
- Cara berwudu' sekiranya terdapat anggota wudhu' ya...
- BERSIHKAN PAKAIAN MENGGUNAKAN MESIN PEMBASUH ?
- IMAN TIDAK BOLEH DI WARISI
- APA ITU DAKWAH - UAI
- DOA NABI MUSA
- Kisah Sujudnya Para Malaikat kepada Adam
- KEMUSNAHAN KAUM NABI NUH
- INILAH 3 AMALAN PENGHAPUS DOSA
- TIDUR DENGAN LAMPU MENYALA, AKAN MENDATANGKAN PEN...
- Muslim + Music
- Mendoakan kebaikan
- Do'a Keteguhan Hati
- Jom SOLAT....
- PELIHARALAH DIRI MU WAHAI WANITA
- JOM SAME-SAME BERDAKWAH
-
▼
Februari
(18)
0 ulasan:
Catat Ulasan